Followers

Friday, June 5, 2015

Sabar

Assalamualaikum :)

Segala puji bagi Allah yang telah beri kenikmatan hidup ini.. 
Sekian lama tidak mengupdate belog, maka hari ini hari yang bersejarah..hehe
Kadang2 kita akan terasa untuk menulis di belog ni bila kita mengalami sesuatu.. betul tak? ^^
Buat pengetahuan semua, sekarang saya dah sambung belajar, dekat Pusat Asasi Uni Islam Antrbngsa M'sia dalam jurusan Sains Kemanusiaan. Satu pengalaman yang menakjubkan, satu rezeki yang Allah kurniakan yang tak dapat saya balas hanya ucapan syukur yang saya mampu.. Segala puji bagi Allah yg mmpermudahkan urusan ini. 

Suasana belajar di UIAM ni sangat menakjubkan anda takkan dapat rasai di universiti lain..tak percaya? Jom la belajar di UIAM..haha promote2..Betul, nak diikutkan setiap mngu ada talk, tajuk yang dibincangkan pun hebat.. well, saya jenis suka ikut rules, kat sini diarahkan memakai tudung, memakai baju kurung or jubah ke kelas, wajib pakai socks dn handsock.. bagi saya pakaian itu untuk menjada seorang muslimah terdedah dari dilihat auratnya oleh ajnabi. Kan indah hidup bersyariat. Cara Allah take care hamba dia sangat indah dan semuanya berhikmah.

Kenapa saya letak tajuk Sabar ? haa ada lah sebabnya. Sometimes manusia ni lupa dengan kata2 dan perbuatan dia akan membuatkan orang lain terasa disebabkan ketidaksabarannya mereka terhadap sesuatu. Let say la, kalau kita buat apa yang dia buat pada kita, mesti dia terasa. Allah dan kekasihnya dah ajar kita cara kita bersabar walau apa pun masalah datang. Semua masalah boleh diselesaikan dengan cara berbincang. Bukan marah atau tuduh menuduh.

Sungguh akan dibayar upah (pahala)  orang-orang yang sabar dengan tiada batas hitungan. ( Az-Zumar 10).

Haaa, nampak tak, betapa beruntungnya siapa yang bersabar.. bukan kita tak boleh, cuma kita terlalu ikutkan kata hati dan bisikan syaitan.. Walau macam mana awak nak stress ke awk kena cuba control perasaan marah atau perasaan salah sangka terhadap orang. Memang saya megakui, kadang2 saya pun mudah melatah dengan ujian itu, tapi pesanan saya ini juga untuk memperingati kalian supaya sama2 kita usaha melawan perbuatan buruk itu.

Kita semuakan sado hatinya.. Kita mest Kuat!! Kuat melawan hasutan Syaitan yang dilaknat !

Okay, sekian sahaja nukilan saya.. May Allah bless All of you. ^_^  Wassalam




Friday, May 24, 2013

Sebarkan Virus..

Assalamualaikum...

Akhi wa ukhti..Apa khabar? Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Allah... Dah tiga hari tak update ni...Masalah kesihatan...hehe..kadang-kadang masa kita ni terbatas dengan tanggugjawab yang lebih penting kan..

Wokey...hari ini Raudhah nak kongsi dan nak ceritakan tentang SENYUM...senyummmm...klik! 1 picture..



Senyum bermaksud. . .
"Riak wajah yang ditunjukkan oleh manusia biasanya ketika gembira senyum boleh ditunjukkan oleh mulut dan juga mata."

Ok biar Raudhah jelaskan..orang tersenyum kerana banyak sebab.. contohnya, kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil...tapi kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan gundah gulana dan sebagainya..mungkin sesetengah orang tak nak dilihat sebagai orang yang sedang dilanda masalah jadi senyuman ialah salah satu jalan penyelesaiannya..senyum juga boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan...


senyum lah macam baby ini..

jangan pula jadi seperti ini..ish ish ish 
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 


"Senyum terhadap saudaramu adalah sedekah"

Ha, see...Nabi Muhammad sendiri dah cakap senyum itu Sedekah.. apa susah..kita cuma senyum je dah peroleh pahala.. mungkin dengan senyuman kita tu, dapat menghilangkan masalah orang yang melihatnya... dapat lagi satu pahala... Tapi! pastikan senyuman kita itu ikhlas kerana Allah... jangan pula gunakan senyuman itu untuk ngorat perempuan atau lelaki.. itu dah dosa..senyum sesama muslim itu sangat dituntut...

Senyum itu juga sunnah Rasulullah... Baginda sangat suka senyum.. senyuman itu juga adalah ciptaan Allah yang indah malah senyuman itu juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan oleh Rasulullah..

Abdullah bin Al Harist pernah menyatakan....

" Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasululah"   
(Hadis Riwayat At-tirmizi)

Doglas Horton also said . . .

"Smile its a free therapy"


Jadi apa lagi jom kita sebarkan virus yang baik ini.. macam dalam satu lagu ni cakap
"senyum , tak perlu kata apa-apa"... 

Raudhah akhiri coretan kali ini dengan satu kata-kata..
"Jangan masam-masam nanti jadi pekasam..Senyum selalu, it is sunnah too.."
Massalamah..^_<












Tuesday, May 21, 2013

Worst thing

Asssalamualaikum...

Akhi wa ukhti.. sehat? harap Allah sentiasa beri kesihatan yang baik buat sahabat-sahabat sekalian..
Selawat serta salam juga buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W . . hari ini hari isnin.. Raudhah masih dalam minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun... minggu yang akhir... tapi hari isnin , selasa dan rabu tiada paper untuk dijawab...last hari khamis, paper seni 1 dan 2.. teori dan lukisan... :)


Takda paper? hehehe, apalagi bual sakan lah kan... Raudhah dan sahabat-sahabat Raudhah berbual tentang universiti yang akan kami masuk selepas keputusan SPM keluar... banyak tempat juga yang kami bincangkan dan bualkan... ada juga tanya kat sahabat2 Raudhah cita-cita mereka ingin menjadi apa apabila dah besar nanti.. ada yang nak jadi pegawai logistik lah cikgu lah dan pensyarah pun ada , seperti Raudhah la.. cita-cita Raudhah insyaAllah ingin menjadi seorang Pensyarah Pengajian Islam.. InsyaAllah, jika diizin kan Allah... kalau Allah tak izin, bermakna ada hikmah yang Allah nak tunjukkan...

Selepas sudah berbual panjang, bunyilah loceng waktu rehat... berpusu-pusu la kami semua pergi ke kantin... Makan bersama sahabat-sahabat tersayang... Raudhah bertanya tentang kertas biology yang mereka jawab... Alhamdulillah, apa yang dibuat masa latihan dikelas, soalan nya masuk... Makan, makan, makan... pastu loceng bunyi menandakan waktuu rehat telah tamat... Raudhah ucapkan semoga dapat buat yang terbaik masa jawab paper bio 1 dan 3... kami pun pulang ke kelas masing2..

Selingan.. sebuah hadis riwayat al-Hakim : 
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya,menambahkan ilmu agama dan melihat gerak gerinya teringat kamu akan kematian" . . .



Ok , waktu Puan Chuan iaitu guru subjek Matematik masuk... ia sangat mendebarkan... takut cikgu bagi kertas math... dalam hati fikir, mungkin takda rezeki untuk skor dlam sub math pada exam kali ini.. muka dah start muram...Allah saja yang tahu perasaan Raudhah ketika itu... tunggu-tunggu, kertas pun dapat.. ok kira-kira, hurmm memang tiada rezeki untuk lulus sub math kali ni... markah math yang paling teruk yang Raudhah penah dapat... redha kunci utama...kita tahu cara kita belajar macam mana, dan itulah yang kita peroleh...

Siapa kata tak sedih, malu...semua perasaan ada... mungkin ini pengerak bagi Raudhah untuk lebih kuat berusaha.. tekad mula dipasang... harap Allah permudahkan... Ilmu Allah itu sangat luas untuk dipelajari..
jadi apa lagi...Ini kalilah berubah, bila lagi kan... tak nak la lain kalilah...>.< ..

Awak-awak , jangan marah sekiranya Raudhah tak dapat nak score subject Math, sebab Raudhah tak master Math macam awak...:)

YaAllah, engakau lah cinta sejatiku dunia Akhirat,
Rasulullah aku juga sangat merinduimu..
Sollu alanabi..
Allahuakbar..

Maassalamah . . .^_<

Sunday, May 19, 2013

Kehidupan dan Jodoh

Assalamualikum..

Akhi wa Ukhti...apa khabar? lama dah tak post dekat blog..berzaman..>.< ..tahun ni Raudhah akan menduduki SPM.. whoaa...takut takut...dalam masa yang sama, tahun peperiksaan ni juga Allah limpahkan ujian yang tak terduga bagi Raudhah..
" Sesungguhnya ,ujian itu tanda Allah sayang pada hambanya . . Allah tak kan beri ujian kepada umatnya yang tak mampu tanggung . ."

Cuba kita hayati quote yang kat atas ni.. Allah kan sayang akan hambanya.. cuma kita ni ha, macam mana pulak kasih sayang kita kepada Allah?? agaknya cukup tak..so pikir-pikirkan ye..

Baru-baru ni masa bulan 2 yang lepas, Raudhah menjalani pembedahan apendiks.. ok , masa dapat tahu nak kena operate, bila lihat muka Ummi ana yang tersayang, risau sangat akan keadaan anak dia yang comel ni..hehe.. tapi Raudhah sangat kagum dengan Ummi, sangat tabah menghadapi segala ujian hidup..

Ok.. dalam gambar kat atas ni ada cakap tentang nasihat ibu supaya anaknya taat kepada suami selepas kahwin.. betul tu apa nasihat seorang ibu.. hurm... suami , suami , suami...

Hati Raudhah ni , ada terpaut dekat seseorang yang sangat baik, soleh .. Alhamdulillah , dia betul-betul ingin melamar Raudhah apabila Raudhah habis SPM .. tetapi . . .  hurm, hati ni susah sangat nak jaga daripada terpaut... sebelum ni dah sedaya upaya tolak.. tetapi lpas wat istikharah, mimpi dia bnyak kali.. erk...perasaan apakah itu..??

Allah...Akak angkat Raudhah kata, kalau kita suka kan seseorang dan kita nak dia jadi jodoh kita , lakukan lah solat hajat secara istiqamah (berterusan)... InsyaAllah dengan berkat kita bersungguh2 Allah akan tunaikan..

Perasaan takut tu seringkali melanda.. Kadang-kadang terfikir, adakah perasaan ini Allah yang beri atau muslihat syaitan semata-mata.. Harap jodoh ini dari Allah.. Dalam surah An-nur ayat 26:

Bermaksud ~
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya..

Haa, see ...Allah dah janji dah dalam Quran...so kita jangan lah risau-risau..kalau kita nak yang soleh, kita haruslah jadi solehah dulu dan sebaliknya.. Orang kata kena usaha...macam mana usaha tu ek? tak kan kita nak berkenalan dengan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan yang kat tepi jalan atau kat facebook pulak..? Usahanya, kita kena pertingkatkan ibadah kita kepada Allah, berdoa, beramal soleh, solat hajat, berpuasa, dan banyak lagi.. kita jugak kena semaikan rasa cinta kita kepada yang utama dalam hidup kita iaitu "Allah S.W.T dan Baginda  Nabi Muhammad S.A.W "...Barulah Allah akan kirimkan seorang yang istimewa buat kita.. :)

Diri ini terasa banyak kekurangan.. teramat banyak..pernah juga terfikir..ada ke orang yang nak suka dekat Raudhah ni.. tak cantik, tak berharta , tak comel , dan segalanya lah.. tetapi ada seorang hamba Allah ni cakap, seseorang yang soleh takkan lihat pada kecantikan luaran semata, seseorang yang soleh itu akan lihat pada kecantikan akhlaknya.. hurm , Akhlak? akhlak saya pun banyak kekurangannya...ilmu banyak yang dok cukup.. banyak yang perlu ditimba dan dipelajari.. angka 17 , sangat mentah lagi.. tetapi kita dah nak dekat masuk fasa dewasa yang pertama.. Akak Raudhah pernah cakap, tak payah fikir benda2 ni semua.. fokus pada SPM.. SPM bagi Raudhah tak mngangu pun..insyaAllah Raudhah dapat bahagikan masa dengan baik..

Jangan lupa jgak untuk buat D.U.I.T ... Doa.Usaha.Istikharah.Tawakal ..kunci utama.. :) . . janji Allah itu kan pasti.. jangan risau . .


Raudhah akhiri coretan dengan satu kata-kata . . .

" Allah adalah kekuatan , untuk mencari kekuatan, carilah Allah.."

Maassalamah.. ^_<