Followers

Thursday, June 17, 2010

Rindu kawan..


Assalamualaikum..

saya rindu kat kwan lame sy..Da lame x jmpe die..Dulu saye slalu kngsi masalh ngn die..die seorg yg sgt baik,comel,dan suka mmbntu..Name die Nur Hikmah..skrg die skolah kat muar..terpisah slpas mengambil peperiksaa upsr...Kteorg slalu kongsi masalah ngn die..rindunye....

Tuesday, June 15, 2010

Warkah Ke Syurga

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sering kutitipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah hidayahNya Yang Maha Esa..Dalam kekalutan dunia pada ketika ini ..daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua..Dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Allah..
Dalam keadaan manusia membezakan antara hak dan batil..Dan dalam keadaan manusia tidak lagi membezakan yang mana pahala dan yang mana dosa..Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang kala kita lupa kepadaNya dan kadang kala kita ingat kepadaNya..tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya..Buat Permata Islam..sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi..Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama..tetapi ia adalah cara hidup kita sama ada cara kita berpakaian,bertutur ,belajar,bekerja,atau dengan perkataan yang lebih mudah bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali ..Semuanya Allah telah gariskan untuk kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahat..Islam juga telah menjagar caranya..Sering kali kita mendengar sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Islam itu tinggi,tiada yang tinggi selainnya"..Tapi sayang sama sekali,kita yang merendah-rendahkannya...Kita menjauhkan diri daripadanya..Bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identiti kita..Kita lalai dengan kehidupan kita sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita..Sehingga kita lupa Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Esa sedang memerhati kita..Kita tahu adanya Allah tapi kita melanggari perintahNya ..Sombongnya kita kerana kita lupa kepada pemberi segala nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya..Kita tahu benarnya Al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadaNya..Kita juga tahu adanya dosa dan pahala..Bahkan kita juga tahu adanya Syurga dan Neraka..Tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah S.W.T Yang Maha Kuasa..Buat mutiara Islam..yang InsyaAllah akan terus bergemerlapan di Bumi Allah..Prof Dr Hamka pernah berkata "kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan,tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal".. persoalannya bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung di dalam jasad kita sudah habis digunakan..Masihkah dikau ingat dengan firman Allah dalam Hadis QudsiNya yang bermaksud drpd Abu Hurairah r.a
"Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu..Dan aku bersama denganNya ketika dia ingat kepadaKu..Jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai,nescaya Aku juga akan mengigatinya dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik..Dan jika dia mendekatiKu sejengkal,aku pun akan mendekatinya sehasta..Dan jika dia mendekatiKu sehasta,nescaya Aku mendekatinya sedepa..Dan jika dia datang kepada ku berjalan ,maka aku mendekatinya dengan berlari" hadis riwayat syaikhani dan tarmidzi....
Walaupun sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan,sesungguhnya Allah masih mengampunkan dosa kita..Oleh itu kembalilah kepadaNya ..Andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya ..sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya...
Setakat disini saja dahulu nukilanku buat kalian .Ku mohon jutaan kemaafan andaikata bicaraku sebentar tadi mengguris hati kalian.Tetapi sesungguhnya daku tidak sekali-kali bermaksud untuk melukai kalian ..Semoga dirahmati Allah selalu..bertemu lagi tidak di dunia..InsyaAllah di taman syurga nanti


Wassalam

Monday, June 14, 2010

Jika aku jatuh hati

Jika Aku Jatuh Hati

Bismillah hirrahman nirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya,agar tidak berpaling daripada
hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...Amin..


Doaku.. moga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat..berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran yang sememangnya menguji kekuatan iman..kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang..
Semoga cinta yang dicari telah ditemui..Semoga Allah meletakkan payung rahmat kasihNya..InsyaAllah...

Thursday, June 10, 2010

Kem Menjejak Akar Merentas Imaginasi..ep2

Nak tau knapa saya ckap Abg Hafiz baik,kerana dia selalu mengambil berat terhadap kiteorg semua..bak kate pepatah abg haji 'wlaupun grang tapi dalam hati ade taman'..hehe..kteorg tdo pklu 1.30 pagi..Hari ke dua,kteorg dikejut oleh fasi pkul 5 pagi,tapi saya,suhaila dan syahirah bngun pkul 4.30 pagi,sebab nak masuk bilik air cepat takut penuh..pas2 tiba-tiba sy dan kwn2 terdengar bunyi seren hospital..ingatkan da kena pergi surau..kteorg pun ape lagi cepat2 siap..ade yg belum mandi lg..rupa2nya itu bunyi seren untuk fasi kejutkan dieorg bangun tdo.."hadui pnt2 je cpt2 siap"kate kwnku yg bernama Suhaila dgn nada geram..depas2 kteorg pon ddk lah sekejap..then kteorg pun da siap dan turun kebawah menuju ke surau..selepas mereka menunaikan solat subuh,ada kuliah subuh bertajuk belajar satu ibadat..fasi yg mengetuai ceramah tu ialah abg haji n ustaz wan..Selepas habis ceramah kteorg semua balik ke bilik sebentar untuk menukar kasut sport dan mandi..saya dan kawan saya sudah memakai kasut sport dan mandi awl2 pagi lagi..sementara menunggu mereka,suhaila dan syahirah kawanku pergi jalan2 melihat sekitar kolej dan suasana dipagi hari ciptaan tuhan..selepas mereka sudah berkumpul dengan ahli kumpulan masing2,kami semua pun buat warmup..macam2 gelagat yg sya tengok..selepas itu,kami semua dikehendaki berlari drpd dpn surau hingga ke 1 tiang..tiang tu jauh sgt..saya mmg tak larat nak lari tapi saya berjalan jela..mase tu Kak Aini nmpak,die tanya sy ok ke tak..pas2 sy jwb ok..padahal tak ok sbb sakit kaki..tapi tak kan sy nak ckp yg sy tak ok..seganla..selepas aktivi OBS, kami dikehendaki pergi kepadang untuk aktiviti seterusnya iaitu langkah kejayaan..permainan ni pun best juga..

Wednesday, June 9, 2010

Kem motivasi 'Menjejak Akar Merentas Imaginasi'

Pada 4-6 jun 2010,saya bersama rakan seperjuangan saya telah menyertai kem motivasi yang telah diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara..motivasi yg diadakan sangat best..terdapat 10 orang fasilitator iaitu kak zarina,kak nadiah,kak aini,kak hafiza,abang anuar,abang zul,abang amzar,ustaz wan,tak lupa abang haji (haji haswandi)muda lagi..hehe..dan abg assarudin tak silap..best sgat2..banyak ilmu yang saya dapat..semua fasi baik2 belaka dan mengambil berat terhadap kami..terdapat 3 sekolah yang menyertai iaitu smk datin onn jaafar,smk tunku putra dan sek saya iaitu smk convent..best sangat rase mcm tak nak balik..saya suka sangat dgn fasi2 kami..pada hari pertama kami diberi taklimat dan pada waktu malam kami membuat aktiviti meniup belon sampai pecah..saya suka abg haji kerana die suka buat lawak,apabila saya mendengar lawak die,hilang semua masalah yang dihadapi...sampai tak ingat pun pasal hanphone kena pegang dgn fasi..tapi kitaorg tdo lambat sbb kena denda dgn komando kteorg iaitu abg hafiz..wlaupn die garang tapi die baik sgt2...

Bersambung di lain masa nak tdo ngantok

Sunday, June 6, 2010

Erti kawan

kata mak, kawan itu ibarat lebah habis madu, sepah dibuang
kata abah, kawan itu umpama bunga rose, dipandang cantik dipegang sakit
kata atuk, kawan seperti air,terus mengalir
kata nenek, kawan itu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh disana
kata kakak, kawan itu tidak ubah seperti durian, bau je busuk tapi sedap dimakan
kata abg, kawan seperti lembu, mengikut apa sahaja yang dikatakan
kata saya, kawan itu segala2nya, tanpa mereka sepilah kita

sekali kawan selamanya kawan,
tapi jaga2 jangan sampai kawan makan kawan