Followers

Thursday, December 22, 2011

Syukur YaAllah!!

Assalamualaikum
Kaifahaluki..??ana behoir..:)..Harap semua sahabat sentiasa didalam rahmat Allah..termasuk raudah sekali..

Haa tgh buat ape la tukan..mngkin ade yg tegh ber-FB mgkn ade yg tgh stalker blog rakan2..dan mungkin ade juga yang masih belum menunaikan kewajipan kepada Allah iaitu solat..btul tak..sahabat semua jangan lah permudahkan solat..ia satu dosa besar..benda pertama yg malaikat akan soal didalam kubur nnti ialah SOLAT sahabat2..jadi cuba kita renungkan....

Saturday, December 17, 2011

YaAllah bantulah Hambamu Yang Kerdil Ini!!

Assalamualaikum.. 

Segala puji bagi Allah serta junjungan Nabi Muhammad S.A.W..Sahabat semua apa khbar..??raudah harap sahabat semua sht walafiat..serta selalu di bawah naungan Allah S.W.T..bagi rakan2 yang sedang berduka/ bersedih, sentiasa sematkan kalimah Allah didalam hati dan bermohon lah kepada Allah kerana Allah ialah sebaik2 tmpat bgi kita mngadu..insyallah Allah juga selalu ada bagi umatnya..

Thursday, December 8, 2011

Madrasah Tahfiz Al Quran Hurul Ain

Assalamualaikum..Ya ukhti ya akhi..:)


sahabat2 apa khabar..??raudah harap sahabat semua sehat walafiat dan sentiasa di bwah rahmat Allah S.W.T..Kepada para pendakwah,teruskanlah berdakwah untuk menegakkan syiar islam..Allah sentiasa bantu umatnya..insyaallah syurga bagimu..Serta para sahabat sekalian teruskanlah mengecapi ilmu untk kita gunakan pda masa hadapan..supaya berjaya d dunia dan akhirat..

Cuti pada kali ini, bagi raudah pda mulanya sagt bosan tak buat apa2..dok rmah je..tpi 1 hari...

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah



Umat Islam digalak perbaiki akhlak, contohi perjuangan Rasulullah setiap 1 Muharam
UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi....

Wednesday, November 16, 2011

Muslimah ^^

Benarlah wanita itu ibarat permata.Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia.Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan.Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita.Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar.Jadi,andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah.


Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata di sekelilingmu, tiada apa yang perlu dirisaukan.Mengapa tak perlu gusar?..

Tuesday, November 15, 2011

Kita hanya ingat pada al-Quran bila..

السلام عليكم 


Must read tau..tau,tau,tau..^^


Kita hanya ingat pada al-Quran bila..


- perlukan ayat-ayat "fadhai'l a'mal" (ayat2 yg ada kelebihan cth macam ayat rukyah, ayat pengasih, ayat pembuka rezeki, ayat utk berjaya dalam peperiksaan dll )


- ada program2 tilawah al-Quran, tadarus al-Quran dan seumpamanya. Hanya utk majlis2 tertentu je.


- perlukan dalil utk menghentam dan melawan satu pihak lagi yakni utk menegakkan hujah sendiri. Nak al-Quran yang ikut hujah dia, bukan dia yang sepatutnya ikut hujah al-Quran.


- berada dalam suasana yg menakutkan. Takut gelap, takut hantu.


- berada dalam suasana sedih akibat kematian atau orang tgh nazak nak mati. Masa ni lah kita dengar bacaan2 Ya Sin dan sebagainya.


- berada dalam keadaan getir. Contohnya tsunami, banjir besar dalam keadaan ketakutan yang amat sangat.


- berada dalam keadaan insaf selepas apa-apa musibah..cthnya putus cinta, putus tunang, cerai, hilang harta benda sebagainya.. Masa ni ingatlah nak baca al-Quran kejap, bila dah happy? Al-Quran dilupakan kembali.


- orang suruh jadi imam solat spt solat terawih, solat fardhu. Time ni kalut nak hafal ayat al-Quran.


- sampai masa nak kahwin. Al-Quran dijadikan saksi. Juga sebagai hantaran. Kadang2 diganti dengan buku, "Aku Terima Nikahnya".


- hati tidak tenang. Alhamdulillah, masih ingat kamu pada al-Quran. Masih cari lagi al-Quran.


Anda boleh senaraikan sendiri bila baru anda teringat pada al-Quran..


Kita ingat pada orang yang kita sayang, tapi kita lupa pada sesuatu yang lebih patut kita sayang.

KEUTAMAAN CINTA KERANA ALLAH

السلام عليكم 


Raudah nak kongsi sesuatu..jangan lupa baca ye..^^


Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a., ia berkata: "Aku mendengar 


Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: 'Orang yang bercinta 


kerana Allah s.w.t. berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang 


tiada naungan kecuali naungannya.'"


Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin Al-Samit, lalu aku 


menyebutkan kepadanya hadis Mua'az bin Jabal, maka ia menyatakan:


'Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: 'Cinta-Ku 


berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-


menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku." Orang 


yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada 


hari yang tiada naungan kecuali naungannya."


(Riwayat Ahmad)

Friday, November 11, 2011

Anda ingin lebih cantik dan menarik..???

Assalamualaikum..
raudah nak kongsi sesuatu ni..nak tau..??baca di bawah..^_^

  • Jadikanlah ghadhdul bashar (menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata' anda,nescaya mata anda akan semakin bening dan jernih.
  • Oleskan 'lipstik kejujuran'pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang ter buat daripada rasa malu yang dibuat di salon iman.
  • Pakailah 'sabun istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahn yang anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dengan 'selendang islam' yang akan menghilangkankelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.
  • Hiasilah kedua-dua tangananda dengan 'gelang tawaduk' dan jari-jari anda dengan 'cincin ukhwah'.
  • Sebaik-baik kalung anda adalah kalung 'kesucian'.
  • Bedaklah wajah anda dendan 'air wuduk' nescaya akan bercahaya di akhirat.
Kalau nak jadi lebih cantik di hadapan Allah dan diakhirat, lakukanlah segala pengorbanan didunia..Insyaallah kita akan kelihatan cantik dan selamat bahagia dunia akhirat..Maassalama wailalliqa..^_^




Monday, October 31, 2011

Nak Cita ni..~

السلام عليكم 


Kamu semua apa khabar..??harap sehat sentiase..rindu sangat nak nak taip kat blog ni,tapi masa tak mngizinkn..al maklumlah nak PMR..huhu..sedih trial hari tu x dpt cpai target..tak ape PMR raudah buat betul2..


Kamu semua da solat ishak.??kalau belum solat baik pegi nnti kat kbur ular akn membelit badan kita..huhu..raudah pun takut..sape tak takut seksaan Allah..hmm sejak kebelakangan ini banyak yang berlaku..tak sempat nak cerita kat kamu semua..


Kamu semua nak tau raudah dah ade abang angkat tapi harap jangan sampai terangkat suda..hehe..gurau2..nak tau nama die tak..??name dia Muhamad faiz bin ishak..sdap juga nama tu..Maksud nama Faiz ialah menang dan berjaya..Patutla setiap kali cakap dengan abg faiz,mesti abg faiz yang menang..hehe..raudah kenal abg faiz pun dari fb..kenal2 lame2 raudah pun jadi adk angkt abg faiz..hehe..abg faiz ni seorang yang baik,suka nasihat,tegur,ambl perhatian dan sebagainye..kamu semua nak tau tak (mood whispered) abg faiz kan memang nakal,suka buli,mengada2dan suka majuk..hehe..majuk tak serius je..hehe kalau raudah cakap macam tu nanti abg faiz mesti cakap macam ni "abg nakal ke suka buli ke mengada2 ke,adk tetp syg abg juga kan"..mesti aytnye mcm tu..hehe..Tapi seikhlas hati raudah mmg abg faiz seorang abg yang baik wlpn nkal..huhu..


raudah bukan tak ade abg kat rumah,ada tpi tak berape rapat la..abg raudah kat rumah lebih rapat dengan akk raudah..huhuhu..


Nanti setiap ari raudah akan kejut bangun subuh..tapi tak la setiap hari kadang2 adela..hehe..tapi bila tak msg mesti boring wlaupun ade bos kecik kat rumah..kalu dgn bos kecik kat rumah,selalu kene pukul..ish2 bos kecik tu mmg la kecik tpi tangan die bila pukul sakit tuu..Sabar jela..hehe..kadang2 suka berbahas dengan abg faiz bincang tentang ape2 la..hehe..kelakar..sekejap raudah menang..sekejap abg faiz menang..hehe..abg faiz ni suka lagu lame2 dan lagu nasid nak tau lagu ape..??lagu ratu syahadah by inteam..kalu nak degar g la search..ni lirik ny..hehe



Ratu Syahadah

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…


Sedap tak..??sedap kan lagu ni..hayati la nanti mesti menusuk hingga ke qalbu..cewah..hngga ke qolbu tuu..huhu..lagi satu bisikan nurani by inteam pun best juga..bagi raudah semua lagu nasyid mmg best jika dihayati dgn betul..hehe..

oklah sampai disini dulu raudah cerita..nanti kalau ape2 kita calling-calling tau..hehe.ngarut je..huhu..gurau2 tak salah kan..hehe..jazakallah khairan kasiro..:)..smile always n dont be sad..:)..wassalam..

Sambung cerita..

Nak tau tak kenapa saya cakap abg Hafiz baik..??sbb die amik berat kat kite semua..
bak kata pepatah abg haji 'wlupun grng tapi dalam hati ade taman'..haha..kteorng telah diberi bilik untuk penginapan disana..satu bilik 4 orang..Tapi saya dan suhaila konggi katil kerana bilik kteorg terlbih 1 org..Hari yang kedua,kami dikejut pada pkul 5 pagi menggunakan seren hospital..tapi saya,suhaila dan syahira bangun pkul 4.30 pagi..nak tau sbb ape kteorg bgun awl..??sbb takut bilik air penuh..selepas saya dan kawan saya selesai mandi,tiba-tiba sya dan kawan saya terdengar bunyi seren.Saya ingat da kena g surau untuk solat.Apalagi kteorg pun kelam kabut bersiap untuk menuju ke surau..korang semua nak tau tak rupa2nya bunyi seren tu untuk fasi kejut kteorg bangun tdo.."hadui buat penat org je siap cepat2" kata suhaila dgn nada geram..kteorng pun ddk la sebentar dikatil..Selepas semua sudah siap kami semua pun menuju ke surau sembahyang solat subuh secara berjemaah..:)

Sabar lah wahai hati

Assalamualaikum..^_^
sahabat2 sekalian sehat..??harap Allah limpahkan rahmat kepada sahabat sekalian.. :)
Rindu nak post entry..lame mnyepikan diri..busy la katekan..macam orang bkerja pulak..hehe..
Sakit tak kalau kita dibiarkan keseorangan..??tanpa kawan..??selalu saya terfikir yang saya ni bukan seorang rakan yang baik..tapi kenapa masih ade oarang cakap saya baik..??pelik..tapi adakh saya ade bat salah..??
Terkadang sampi menitis air mata bila memikirkannya..saya ni penting kan diri ke..??banyak kali juga saya menahan hati bila tengok dia dngan kwan lain..tapi sampai bila nak tahan hati ni..??YaAllah bantula hamba mu..Kau kurniakanla sahabat yang boleh berada disamping ku ketika gembira dan sedih..kadang2 cemburu jugak tengok akak saya pnyai kawan yang sangat rapat...Terkadang terfikir juga saya ni memang tak layak untuk mendapat sahabat sejati..Tapi kata Allah kita buat baik dengan orang,cepat atau lambat Allah akn membalas kebaikan kita..YaAllah tetapkanlah hatiku..janganlah kau pesongkan hati ini YaAllah..Sabarlah wahai hati..kau sedang diuji oleh Allah..Allah mahu menguji samada kau ini seorang yang sabar atau tidak,seorang yang amanah dalm mendorong rakannya menuju jalan yang benar atau tidak...janganla kau cepat melatah dengan ujian yang diberi..SABARLAH WAHAI HATI..

Sunday, July 24, 2011

Lemah Lembutnya Wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah

Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah dan lembut…besar perbezaannya

Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan… kerana lembut wanita

Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam…

Diam seolah-olah menerima…

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam, wanita terus menerus bekerja

Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri

Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat… celik mata sarapan sudah terhidang

Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak

Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak

Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak

Berehat, menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa

Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju

Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Maghrib untuk sujud… Menyembah Yang Maha Satu

Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji

Sedang suami tersadar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi

Lantang membela nasib wanita…

Memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak

Membasuh pakaian, menyediakan makanan

Jika suami tidak terdaya melakukannya

Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan

Tidak mampu menerima perubahan

Rela bertahan bagaimana jua

Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam


Wanita yang sering dianggap lemah

Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

” Kekayaan yang paling kaya ialah AKAL,

Kemiskinan yang paling besar ialah JAHIL,

Keburukan yang paling hodoh SESAT “


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,

Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..


Bacalah AL-QURAN ~ Penerang KUBUR...

Rasulullah SAW pernah bercerita mengenai seorg lelaki yg telah meninggal dunia. Apabila dia dimasukkan ke dlm kuburnya, dia rasa amat terkejut krn kuburnya terang-benderang & terdapat satu makhluk di dlmnya. Tanya lelaki itu:"Siapa kamu?"

Jawab makhluk itu:"Kamu tak kenalkah pd saya? Sayalah yg kamu baca pd siang hari juga pd malam hari". Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu ialah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi & dibawanya bertemu Allah SWT. Betapa gembiranya dia dpt menatap zat Allah yg Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota & perhiasan syurga kpd lelaki itu. Serta Allah menyuruh malaikat agar turut memberikan perhiasan2 syurga itu kpd kedua ibu-bapa lelaki tersebut.

Terkejutlah mereka sambil berkata:"Wahai malaikat, amalan kami sedikit saja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan2 ini?" Jawab malaikat: "Ini kerana anakmu telah mempelajari & membaca AL-QURAN."

Masya-Allah hebatnya balasan Allah. Pahala yg dilakukan itu tidak terhenti kpd kita saja, malah beralih kpd kedua org tua. Marilah bersama2 mengembalikan amalan membaca kitabullah meskipun sepotong ayat sehari.

>

>Sabda Rasulullah SAW: "Apabila sesorg ingin berkata-kata dgn TUHANnya, maka hendaklah dia membaca Al-Quran".

(HR:Al-Baihaqi)

> : "Org yg di dlm benaknya tidak ada sedikitpun dari Al-Quran, ibarat rumah yg usang." (HR: Mashabih As-Sunnah)

"SATU LAGI PROJEK KERAJAAN HATI"


Pembinaan sebuah bangunan bertingkat2 sbg tapak program...
sesuai untuk yg berminat mengimarahkan bulan Ramadhan Kareem...

setiap tingkat mempunyia 4 bilik yg luas, muat menampung seluruh umat Islam...
1.bilik muhasabah iman..
2.bilik mesyuarat iman (majlis fikr dan zikr)..
3.bilik manifestasi iman (amalan)..
4.bilik pengawalan iman (hindari maksiat)..

tempahan boleh dibuat sekarang..
tidak terhad! janji ikhlas!

insyaAllah selamat... ^_^

Friday, July 8, 2011

Akhirnya siap juga.. :D

Assalmualaikum semua..
apa khabar..??harap sihat2 belake..
huhu da lame tak tulis entri..rindu sangat
Ha kawan2 awk semua da ganti puasa belum..??kalau belum cepat2 la ganti..
Sekarang da bulan Syaaban ni..jangan lupa tau..hihi..
Awak nak tau x hari ni berakhirnya kesengsraan yang berlaku padi siti tau..
nak tau tak ape..??kerja kursus Siti da siap..Alhamdulillah
Kerja kursus Sejarah biasa la kan mesti susah kan..tpi alhamdulillah Allah telah membantu siti menyiapkan kerja siti..
em sampai sini je eh saya tulis lain kali sambung insyaallah..:)
Wassalam..

Tuesday, June 7, 2011

Facebook Oh Facebook..

FACEBOOK OH FACEBOOK…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,FACEBOOK sebagai medium bersosial terkini.

FACEBOOK OH FACEBOOK…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

FACEBOOK OH FACEBOOK…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

FACEBOOK OH FACEBOOK…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

FACEBOOK OH FACEBOOK…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

FACEBOOK OH FACEBOOK…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.

FACEBOOK OH FACEBOOK…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

FACEBOOK OH FACEBOOK…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

FACEBOOK OH FACEBOOK…
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat.

selmat membaca..:)
wassalam..

Saturday, April 30, 2011

Hari yg bersejarah..

Assalamualaikum semua..:)
korang semua sehat..???
sy shat alhamdulillah..
hari in sy sgt penat kerana kat skola ade buat hari kantin..
meletihkan..mcm2 kne buat..
nak tau tak smlm kite basuh ayam kat skolaaaa...penattttt..hmm tak silap sy ini kali yg ke-3 sy mmbasuh ayam slame ni buat kat rumah ..klu yg kat rumah tu basuh ayam tak la byk sgt..
Ini sy bsuh ayam disekolah tau bkan dirumah...sy basuh ayam untuk 15 ekor punya ayam...huh penat smpai peluh merenek di muka..hehehe..
Ramai juga la yang menolong..memang best sbb dpat tolong ckgu...huhu..
1 Group 3 org...sy dengan anida n atiqa (atok)..selain tu yg menolong ialah alyiah,izatul,khaliesa,haiza,haziqah,syafiqah,hamziah,sarah,farahin dan ramai lgi trmsuk ckgu2..Macam2 gelagat kwn2 sy yg sy nmpak..
Awk semua nak tau tak, anida ank ckgu hamilah takut AYAM..hehehehe kelakar la..
Kata atok "nmpak je rock tapi takut ayam"..hehehe..kteorg pn ketawa la...
Anida kate sedare die gelarkan die AYAM...hehehe..kesian die...
Depastu mase nak barsihkan ayam tu ,bile anida nmpk kepak ayam n peha ayam msti die ckp eeeuu..hehehe..dan die akn suruh sy jauh kan ayam tersebut..hehe..
Anida...anida..ish4...
Hmm depas dah basuh ayam tu kite stop jap sbb ckgu suroh mkn tgh hari..huhu..
nak tau tak siape ckgu kitaorg...haaaa nme nye start dri huruf S..nak tau kn..ok la sy bgtau..CIKGU SYAMSURIA....die sgt baik..best klu ckp ngn die..mcm ckp ngn mak sndri pulak..hehe..die cikgu KH-ERT iaitu ekonomi rumah tangga yg berkenaan dgn masak,jahit dn byk lagi..
Kiteorg mkn mee goreng je itu pn ckgu tempah dri kantin skola..pedas pulak tu mee nye..
Eh byk komen pulak mkn je la ape la mariam nie..hehehehe..pulak tu mse tu hujan..mmg sejuk besttt jugak..hehehehehe...
Selepas da take rest kiteorg pn sambung la kerja..iaitu KERJA MEMBASUH AYAM..hehe..
basuh, basuh, dan basuh...selepas itu time untuk kemas library pulak sbb kelas sy nak guna untuk tayangan cerita..kelas sy buat cerita hantu kak limah balik rumah..hehe..sy tak tgk pn..
Kerja sy diambil alih oleh alia nur safa..kwn yg sgt klaka..huhu
Selepas siap kemas,sy pun turun ke bilik mask pulak sbb nak smbg kerja..smpai je kwn sy da siap basuh aym..so sy tolong la kms bilik masak basuh ape yg kotor..
Hmm petang smlm sy balik pukul 6.30 ptg letih2..hehe
Haaaaa nak tau tak ape yg bersejarah tu...???
baru nak bgtau kan ..ish3 msti korg penat nak bce en3 yg sy tulis panjng2 ni..
Okla sbnarnye sy smlm tdo AWALLL pkul 9 da tdo..itu mmg penat sgt la...tak pernh sy tdo seawal itu..hehe..
Hmmm ok la smpai sini je sy boleh tulis...sambung dilain hari...hehe..
Wassalam..:)..always SMILE...

Thursday, April 28, 2011

Aku Sudah Bertunang..



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku.

Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain.

Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.......................................
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
Dipetik dari ILUVISLAM

Saturday, February 12, 2011

Hari yg sangat letih..

Assalamualaikum rakan2 sekalian..
Ape khabar sht..harap kamu sekalian sehat sejahtera..
sy nak kongsi cerita semasa hari merentas desa di sekolah..
memang best merentas desa..dpt excercise klu nak harapkan excercise
kat rumah mmg ssh la sbb sibuk nak mnyiapkan kerja sekolh..
hmm kte org merentas desa pd ari sabtu..(12.2.2011)
ini merentas desa perdana seluruh johor ade bagi skolh2 la..
hmm byk ragam yg dpt dilihat..larian kami sejauh 7km..jauh kan..
kat skolah sy ade yg pengsan dlam 2 hingge 3 org la..yg lain ade yg mengalami kecederaan
seperti kaki kejang,cramp dan lain2..kteorg merentasi tmn murni,skolah srab,taman perumahan, kdai bata,kdai ho aik dan banyak lgi..haa termasuk lah padang sekolah..hehe
sy pulak ,sikit lagi nak sampai skolah..mase tu dkat2 ho aik trus rase tak boleh nak brnafas..rase mcm berat tak tau knp..hmm pastu ckgu pn bwk balik naik kereta ckgu..nasib la tak pengsan ke ape ke..alhamdulillah..Tapi sekarang sedang mengalami sakit kaki yg amat nak
jlan pn sakit..itu smua dugaan Allah..Allah yg maha mengetahui..betul kan..
esok ok la tu..hehe..
hmm okla la smpai disini shaje coretan sy..
semoge sentiasa dirahmati oleh Allah..:)
Wassalam..

Friday, January 21, 2011

JOM JOIN CONTEST ADIK SAYA COMEL MACAM MIA SARA cik aish


Assalamualaikum semua..
hmm happy sangat sebab first time nak masuk contest selame ni x pernah..
hmm korang pulak mcm mne..?
jom la join contest ni ..
kite kene masukkan gmbar adik kita yg comel2 tu..hehe
trima kasih kepada cousin mira-smile,sebab tag sy..terima kasih
juga kpd cik aish..:)
kalau nak sertai pergila ke sini



haa ni pulak gmbar adik sy yg comel..hehe






ok sekarang sy nak tag 3 kwan sy
misra_asthana
Hariz Khair Ad-Deen
hak pengguna malaysia

ok,harap2 menang insyallah amin..
wassalam..:)