Followers

Sunday, July 24, 2011

Lemah Lembutnya Wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah

Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah dan lembut…besar perbezaannya

Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan… kerana lembut wanita

Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam…

Diam seolah-olah menerima…

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam, wanita terus menerus bekerja

Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri

Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat… celik mata sarapan sudah terhidang

Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak

Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak

Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak

Berehat, menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa

Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju

Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Maghrib untuk sujud… Menyembah Yang Maha Satu

Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji

Sedang suami tersadar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi

Lantang membela nasib wanita…

Memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak

Membasuh pakaian, menyediakan makanan

Jika suami tidak terdaya melakukannya

Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan

Tidak mampu menerima perubahan

Rela bertahan bagaimana jua

Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam


Wanita yang sering dianggap lemah

Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

” Kekayaan yang paling kaya ialah AKAL,

Kemiskinan yang paling besar ialah JAHIL,

Keburukan yang paling hodoh SESAT “


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,

Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..


Bacalah AL-QURAN ~ Penerang KUBUR...

Rasulullah SAW pernah bercerita mengenai seorg lelaki yg telah meninggal dunia. Apabila dia dimasukkan ke dlm kuburnya, dia rasa amat terkejut krn kuburnya terang-benderang & terdapat satu makhluk di dlmnya. Tanya lelaki itu:"Siapa kamu?"

Jawab makhluk itu:"Kamu tak kenalkah pd saya? Sayalah yg kamu baca pd siang hari juga pd malam hari". Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu ialah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi & dibawanya bertemu Allah SWT. Betapa gembiranya dia dpt menatap zat Allah yg Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota & perhiasan syurga kpd lelaki itu. Serta Allah menyuruh malaikat agar turut memberikan perhiasan2 syurga itu kpd kedua ibu-bapa lelaki tersebut.

Terkejutlah mereka sambil berkata:"Wahai malaikat, amalan kami sedikit saja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan2 ini?" Jawab malaikat: "Ini kerana anakmu telah mempelajari & membaca AL-QURAN."

Masya-Allah hebatnya balasan Allah. Pahala yg dilakukan itu tidak terhenti kpd kita saja, malah beralih kpd kedua org tua. Marilah bersama2 mengembalikan amalan membaca kitabullah meskipun sepotong ayat sehari.

>

>Sabda Rasulullah SAW: "Apabila sesorg ingin berkata-kata dgn TUHANnya, maka hendaklah dia membaca Al-Quran".

(HR:Al-Baihaqi)

> : "Org yg di dlm benaknya tidak ada sedikitpun dari Al-Quran, ibarat rumah yg usang." (HR: Mashabih As-Sunnah)

"SATU LAGI PROJEK KERAJAAN HATI"


Pembinaan sebuah bangunan bertingkat2 sbg tapak program...
sesuai untuk yg berminat mengimarahkan bulan Ramadhan Kareem...

setiap tingkat mempunyia 4 bilik yg luas, muat menampung seluruh umat Islam...
1.bilik muhasabah iman..
2.bilik mesyuarat iman (majlis fikr dan zikr)..
3.bilik manifestasi iman (amalan)..
4.bilik pengawalan iman (hindari maksiat)..

tempahan boleh dibuat sekarang..
tidak terhad! janji ikhlas!

insyaAllah selamat... ^_^

Friday, July 8, 2011

Akhirnya siap juga.. :D

Assalmualaikum semua..
apa khabar..??harap sihat2 belake..
huhu da lame tak tulis entri..rindu sangat
Ha kawan2 awk semua da ganti puasa belum..??kalau belum cepat2 la ganti..
Sekarang da bulan Syaaban ni..jangan lupa tau..hihi..
Awak nak tau x hari ni berakhirnya kesengsraan yang berlaku padi siti tau..
nak tau tak ape..??kerja kursus Siti da siap..Alhamdulillah
Kerja kursus Sejarah biasa la kan mesti susah kan..tpi alhamdulillah Allah telah membantu siti menyiapkan kerja siti..
em sampai sini je eh saya tulis lain kali sambung insyaallah..:)
Wassalam..