Followers

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah



Umat Islam digalak perbaiki akhlak, contohi perjuangan Rasulullah setiap 1 Muharam
UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi....

Wednesday, November 16, 2011

Muslimah ^^

Benarlah wanita itu ibarat permata.Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia.Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan.Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita.Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar.Jadi,andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah.


Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata di sekelilingmu, tiada apa yang perlu dirisaukan.Mengapa tak perlu gusar?..

Tuesday, November 15, 2011

Kita hanya ingat pada al-Quran bila..

السلام عليكم 


Must read tau..tau,tau,tau..^^


Kita hanya ingat pada al-Quran bila..


- perlukan ayat-ayat "fadhai'l a'mal" (ayat2 yg ada kelebihan cth macam ayat rukyah, ayat pengasih, ayat pembuka rezeki, ayat utk berjaya dalam peperiksaan dll )


- ada program2 tilawah al-Quran, tadarus al-Quran dan seumpamanya. Hanya utk majlis2 tertentu je.


- perlukan dalil utk menghentam dan melawan satu pihak lagi yakni utk menegakkan hujah sendiri. Nak al-Quran yang ikut hujah dia, bukan dia yang sepatutnya ikut hujah al-Quran.


- berada dalam suasana yg menakutkan. Takut gelap, takut hantu.


- berada dalam suasana sedih akibat kematian atau orang tgh nazak nak mati. Masa ni lah kita dengar bacaan2 Ya Sin dan sebagainya.


- berada dalam keadaan getir. Contohnya tsunami, banjir besar dalam keadaan ketakutan yang amat sangat.


- berada dalam keadaan insaf selepas apa-apa musibah..cthnya putus cinta, putus tunang, cerai, hilang harta benda sebagainya.. Masa ni ingatlah nak baca al-Quran kejap, bila dah happy? Al-Quran dilupakan kembali.


- orang suruh jadi imam solat spt solat terawih, solat fardhu. Time ni kalut nak hafal ayat al-Quran.


- sampai masa nak kahwin. Al-Quran dijadikan saksi. Juga sebagai hantaran. Kadang2 diganti dengan buku, "Aku Terima Nikahnya".


- hati tidak tenang. Alhamdulillah, masih ingat kamu pada al-Quran. Masih cari lagi al-Quran.


Anda boleh senaraikan sendiri bila baru anda teringat pada al-Quran..


Kita ingat pada orang yang kita sayang, tapi kita lupa pada sesuatu yang lebih patut kita sayang.

KEUTAMAAN CINTA KERANA ALLAH

السلام عليكم 


Raudah nak kongsi sesuatu..jangan lupa baca ye..^^


Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a., ia berkata: "Aku mendengar 


Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: 'Orang yang bercinta 


kerana Allah s.w.t. berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang 


tiada naungan kecuali naungannya.'"


Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin Al-Samit, lalu aku 


menyebutkan kepadanya hadis Mua'az bin Jabal, maka ia menyatakan:


'Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: 'Cinta-Ku 


berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-


menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku." Orang 


yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada 


hari yang tiada naungan kecuali naungannya."


(Riwayat Ahmad)

Friday, November 11, 2011

Anda ingin lebih cantik dan menarik..???

Assalamualaikum..
raudah nak kongsi sesuatu ni..nak tau..??baca di bawah..^_^

  • Jadikanlah ghadhdul bashar (menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata' anda,nescaya mata anda akan semakin bening dan jernih.
  • Oleskan 'lipstik kejujuran'pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang ter buat daripada rasa malu yang dibuat di salon iman.
  • Pakailah 'sabun istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahn yang anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dengan 'selendang islam' yang akan menghilangkankelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.
  • Hiasilah kedua-dua tangananda dengan 'gelang tawaduk' dan jari-jari anda dengan 'cincin ukhwah'.
  • Sebaik-baik kalung anda adalah kalung 'kesucian'.
  • Bedaklah wajah anda dendan 'air wuduk' nescaya akan bercahaya di akhirat.
Kalau nak jadi lebih cantik di hadapan Allah dan diakhirat, lakukanlah segala pengorbanan didunia..Insyaallah kita akan kelihatan cantik dan selamat bahagia dunia akhirat..Maassalama wailalliqa..^_^