Followers

Sunday, August 5, 2012

Wahai Imam ku..!

‎:: ♥♥ :: " Ketika rakan-rakan mula melangsungkan pertunangan dan perkahwinan, aku masih begini. ♥

:: ♥♥ :: " Aku mencari kekuatan dari sebuah kekecewaan dan penantian aku mahu menjadi yang terbaik buat pasanganku kelak, aku tak mahu bazirkan perasaan menyayangi insan yang belum pasti menjadi milikku, hati dan perasaanku untuk jodohku." ♥

:: ♥♥ :: " Apa khabar agaknya dirimu, aku tahu Tuhan jaga dirimu untukku. Akan aku jaga diri untuk dirimu... (^_^) insyaAllah. " ♥


Sunday, May 13, 2012

Pertimbangan iman asas hadapi dugaan

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Salleh
Umat Islam wajib percaya qada’ dan qadar serta pasrah terima ujian
resilience.jpgPASRAH atas apa yang berlaku serta menganggap setiap ketentuan Allah tersirat seribu hikmah, adalah sifat mulia dan terpuji dituntut oleh Islam. Islam mendidik umatnya sentiasa reda melakukan kebaikan dan menerima kejahatan serta ujian.
Ketetapan Ilahi adalah sesuatu yang tidak mampu ditandingi kerana sebagai hamba, kita akan sentiasa diuji untuk menambahkan keimanan dalam diri.
Daripada Suhibul Raumi berkata, sabda Rasulullah SAW,
“Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Sebagai seorang hamba, setiap umat Islam perlu pasrah menerima hukum Allah dan penghakiman lain yang sudah ditetapkan melalui wahyu disampaikan Rasulullah SAW. Kepatuhan dan ketaatan terhadap suruhan dan larangan-Nya menunjukkan keredaan kita terhadap apa digariskan agama, apatah lagi jika kita melakukannya dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
Sering kali kita melihat umat Islam diuji bertalu-talu, bukan diseksa, tetapi itulah tanda kasih-Nya kerana kadangkala ujian sajalah yang menjadikan seseorang itu kembali kepada-Nya, sedang waktu senang ada kalanya kita tergamak mendahulukan keseronokan dunia melebihi sepatutnya.
Ketika melalui ujian tidak tertanggung, jelas dilihat pada wajah orang beriman sifat pasrah atas suratan dan mereka pasti hikmah tersirat lebih istimewa daripada kesusahan dihadapi, justeru keyakinan terhadap kekuasaan-Nya saja yang mampu mengubat hati.
Daripada Anas, sabda Rasulullah SAW bermaksud,
“Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya.” (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi)
Sifat pasrah dan reda hanya dimiliki orang beriman, bukan yang munafik kerana orang yang menentang ketetapan serta suratan Allah tidak tergolong dalam golongan beriman. Contoh jelas dapat dilihat dalam mengamalkan ibadah diwajibkan kepada setiap individu Muslim seperti berpuasa dan solat lima waktu.
Sebagai penganut Islam, kita wajib berpuasa di bulan Ramadan dan ia tidak boleh diingkari. Ketaatan kepada suruhan itu dan pasrah dengan rasa lapar, dahaga, menahan diri dan anggota tubuh badan daripada perkara membatalkan puasa adalah bukti reda terhadap hukum ditetapkan.
Begitu juga perintah menunaikan solat lima waktu yang tidak dipertanggungjawabkan ke atas penganut agama lain. Perintah itu sukar dilakukan orang munafik, tetapi tidak susah untuk disempurnakan oleh umat yang sentiasa bersyukur atas nikmat dan kemewahan dianugerahkan Allah.
Tiada satu pun diminta bayaran, melainkan perintah melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya, yang juga akhirnya untuk kebaikan umat Islam itu sendiri di akhirat kelak.
Allah berfirman bermaksud:
“Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap agama Allah dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan riak memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali.” (Surah an-Nisaa’, ayat 142)
Jelas sekali percaya kepada qada’ dan qadar adalah satu tuntutan dan rukun iman ke atas setiap umat Islam. Jika tidak wajib beriman dengan qada’ dan qadar, sudah tentulah manusia tidak dapat menerima ketentuan Ilahi, sebaliknya menyalahkan pelbagai perkara sehingga akhirnya kesalahan itu berbalik kepada diri sendiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: Jika engkau terkena oleh sesuatu musibah, maka janganlah engkau berkata: Andai kata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu. Tetapi berkatalah: Ini adalah takdir Allah dan apa saja yang dikehendaki oleh-Nya tentu Dia melaksanakan-Nya, sebab sesungguhnya ucapan andai kata itu membuka pintu godaan syaitan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Cabaran dan dugaan dilalui setiap manusia adalah frasa kehidupan yang normal dan ketika itulah manusia manfaatkan untuk membuat pertimbangan sama ada terus menghadapinya dengan cekal, berikhtiar dan berusaha menyelesaikan segala kekusutan ataupun menyalahkan takdir semata-mata.
Kepayahan mendapat jodoh yang baik, kesukaran menunaikan tanggungjawab sebagai suami, isteri, ibu dan ayah kepada anak sehingga amanah Allah itu tidak terbentuk seperti dituntut agama, tiada komitmen dalam ibadah dan sebagainya perlu dianggap sebagai ujian, bukan suratan kerana ia perlu ditentang disebabkan sifatnya bertentangan hukum Allah.
Jangan pula kita pasrah jika malas bersolat, reda jika mengamalkan rasuah dan akur jika terus seronok mengumpat, menabur fitnah dan sifat keji lain. Sebaliknya sikap itu menunjukkan kita tidak pasrah terhadap perintah Allah.
Sesungguhnya jika kita pasrah terhadap apa yang ditentukan Allah, maka kita juga akan memperoleh keredaan Allah.
- Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
credit to =Muhamad Faiz Bin Ishak

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman:”Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?” Jawab anak Adam:”Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala:”Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya?” “Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?”

Wednesday, March 21, 2012

Umrah..kenangan tak akn dilupakan..!!! part 1

Assalamualaikum

Ukhti dan akhi semua apa khabar..? raudhah harap sihat2 belaka hendakNya..rindu kat cik blog kita ni..hehe..Haa byak sngt cita yg raudhah nak cita..hehehe..Raudhah nak say sorry kepada abg Raudhah yang dikasihi..eceh..hehe..yela lambat post entry pasal umrah ni..hehe..

Baru2 ni raudhah pergi menunaikan umrah selama 2 minggu..YaAllah bestnya tak terkata..syukur sgt2 Allah telah memilih raudhah sebagai tetamu nya..disitu la tmpat yang paling tenang beribadat..melihat kekuasaan Allah yang sangat indah..sampai boleh terbawa dlam mimpi..Nama travel ynag Raudhah sertai ialah Abir concept holiday..mamg best..Ustaz Adam dan Ustaz Saadon sagt sepoting..hehe....

Monday, February 6, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita semua masih diberi kesempatan untuk terus hidup dan merasa pelbagai nikmat kurniaan-Nya.
Di hari dan cuaca yang cukup indah ini, apa kata kalau kita kurangkan sedikit perbicaraan yang sia-sia lagi merugikan.
Gantikanlah perkara tersebut dengan sesuatu yang bermakna dan memberikan kesan kepada orang lain seperti menulis hal yang berfaedah, berbentuk keagamaan atau pun yang kurang hiburannya.
Oh ye kepada yang sibuk dengan urusan duniawi dan hujung minggu bersama keluarga, jangan lupa tema sambutan Hari Maulidur Rasul pada tahun 1433H / 2012 ialah Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Jangan hanya duk terkebil-kebil bila orang tanya apa tema Hari Maulidur Rasul tahun ini.
Selamat menyambut hari kelahiran..

Sunday, February 5, 2012

Assalamualaikum..

Ukhti dan akhi semua apa khabar..?raudhah harap semua sehat sejahtera..bagi para pendakwah,jangan jemu untuk sebarkan islam..bagi yang tengah berfikir,fikir la sebaik mungkin..jangan buat keputusan terburu2..Allah ada, so dont worry..:):D..dan para sahabat2 jangan lupa untuk membaca Al-Quran.. Jadikanlah Al-Quran sebagai rakan sehidup semati kita..sentiasa berdamping dengan Al-Quran.. Jangan menyesal di kemudian hari..almaklumlah masa makin lama makin cepat..(peringatan untuk diri sndri juga)..

Di kesempatan itu, raudhah nak ucapkan Salam Maulidurasul kepada semua sahabat2 raudhah sama ada yang kenal atau tidak..Selalulah selawat keatas junjungan baginda Rasululluh S.A.W.. Moga dapat syafaat di akhirat kelak...

Hari ni raudhah cuti sempena maulidurasul..Raudhah tak buat ape pun..cuma duduk rumah dan siapkan video untuk maulidurasul peringkat sekolah..sambil2 menahan sakit yang Allah beri..itu cuma ujian yang sangat kecil berbanding ujian yang Allah beri kepada orang yang beriman..yang memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi seperti umat islam di Palestin, Gaza dan sebagainya..betul tak....