Followers

Sunday, May 19, 2013

Kehidupan dan Jodoh

Assalamualikum..

Akhi wa Ukhti...apa khabar? lama dah tak post dekat blog..berzaman..>.< ..tahun ni Raudhah akan menduduki SPM.. whoaa...takut takut...dalam masa yang sama, tahun peperiksaan ni juga Allah limpahkan ujian yang tak terduga bagi Raudhah..
" Sesungguhnya ,ujian itu tanda Allah sayang pada hambanya . . Allah tak kan beri ujian kepada umatnya yang tak mampu tanggung . ."

Cuba kita hayati quote yang kat atas ni.. Allah kan sayang akan hambanya.. cuma kita ni ha, macam mana pulak kasih sayang kita kepada Allah?? agaknya cukup tak..so pikir-pikirkan ye..

Baru-baru ni masa bulan 2 yang lepas, Raudhah menjalani pembedahan apendiks.. ok , masa dapat tahu nak kena operate, bila lihat muka Ummi ana yang tersayang, risau sangat akan keadaan anak dia yang comel ni..hehe.. tapi Raudhah sangat kagum dengan Ummi, sangat tabah menghadapi segala ujian hidup..

Ok.. dalam gambar kat atas ni ada cakap tentang nasihat ibu supaya anaknya taat kepada suami selepas kahwin.. betul tu apa nasihat seorang ibu.. hurm... suami , suami , suami...

Hati Raudhah ni , ada terpaut dekat seseorang yang sangat baik, soleh .. Alhamdulillah , dia betul-betul ingin melamar Raudhah apabila Raudhah habis SPM .. tetapi . . .  hurm, hati ni susah sangat nak jaga daripada terpaut... sebelum ni dah sedaya upaya tolak.. tetapi lpas wat istikharah, mimpi dia bnyak kali.. erk...perasaan apakah itu..??

Allah...Akak angkat Raudhah kata, kalau kita suka kan seseorang dan kita nak dia jadi jodoh kita , lakukan lah solat hajat secara istiqamah (berterusan)... InsyaAllah dengan berkat kita bersungguh2 Allah akan tunaikan..

Perasaan takut tu seringkali melanda.. Kadang-kadang terfikir, adakah perasaan ini Allah yang beri atau muslihat syaitan semata-mata.. Harap jodoh ini dari Allah.. Dalam surah An-nur ayat 26:

Bermaksud ~
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya..

Haa, see ...Allah dah janji dah dalam Quran...so kita jangan lah risau-risau..kalau kita nak yang soleh, kita haruslah jadi solehah dulu dan sebaliknya.. Orang kata kena usaha...macam mana usaha tu ek? tak kan kita nak berkenalan dengan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan yang kat tepi jalan atau kat facebook pulak..? Usahanya, kita kena pertingkatkan ibadah kita kepada Allah, berdoa, beramal soleh, solat hajat, berpuasa, dan banyak lagi.. kita jugak kena semaikan rasa cinta kita kepada yang utama dalam hidup kita iaitu "Allah S.W.T dan Baginda  Nabi Muhammad S.A.W "...Barulah Allah akan kirimkan seorang yang istimewa buat kita.. :)

Diri ini terasa banyak kekurangan.. teramat banyak..pernah juga terfikir..ada ke orang yang nak suka dekat Raudhah ni.. tak cantik, tak berharta , tak comel , dan segalanya lah.. tetapi ada seorang hamba Allah ni cakap, seseorang yang soleh takkan lihat pada kecantikan luaran semata, seseorang yang soleh itu akan lihat pada kecantikan akhlaknya.. hurm , Akhlak? akhlak saya pun banyak kekurangannya...ilmu banyak yang dok cukup.. banyak yang perlu ditimba dan dipelajari.. angka 17 , sangat mentah lagi.. tetapi kita dah nak dekat masuk fasa dewasa yang pertama.. Akak Raudhah pernah cakap, tak payah fikir benda2 ni semua.. fokus pada SPM.. SPM bagi Raudhah tak mngangu pun..insyaAllah Raudhah dapat bahagikan masa dengan baik..

Jangan lupa jgak untuk buat D.U.I.T ... Doa.Usaha.Istikharah.Tawakal ..kunci utama.. :) . . janji Allah itu kan pasti.. jangan risau . .


Raudhah akhiri coretan dengan satu kata-kata . . .

" Allah adalah kekuatan , untuk mencari kekuatan, carilah Allah.."

Maassalamah.. ^_< 



2 comments:

  1. Siapalah kakak angkat raudhah tu yer? hehehe..

    benar dik, kadang2 perasaan yang hadir tu maybe hadiah dari Allah, maybe juga ujian dari Allah utk menguji sejauh mana kita mampu bertahan & maybe juga mainan syaitan utk melalaikan kita..

    tapi jangan risau, Allah Maha Mengetahui hati hamba-hamba-Nya.. banyakkan berdoa meminta petunjuk daripada-Nya..

    yang penting skrg, fokus SPM dulu yer.. we (faham2lah sape. hehehe..) are always here for you, insya-Allah.. :)

    ReplyDelete
  2. Yup...^^...siapalah kan...hehe...

    segalanya datang dari Allah..so kpada Allah je tmpat kita...kan2..^___^

    ReplyDelete