Followers

Friday, May 24, 2013

Sebarkan Virus..

Assalamualaikum...

Akhi wa ukhti..Apa khabar? Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Allah... Dah tiga hari tak update ni...Masalah kesihatan...hehe..kadang-kadang masa kita ni terbatas dengan tanggugjawab yang lebih penting kan..

Wokey...hari ini Raudhah nak kongsi dan nak ceritakan tentang SENYUM...senyummmm...klik! 1 picture..



Senyum bermaksud. . .
"Riak wajah yang ditunjukkan oleh manusia biasanya ketika gembira senyum boleh ditunjukkan oleh mulut dan juga mata."

Ok biar Raudhah jelaskan..orang tersenyum kerana banyak sebab.. contohnya, kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil...tapi kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan gundah gulana dan sebagainya..mungkin sesetengah orang tak nak dilihat sebagai orang yang sedang dilanda masalah jadi senyuman ialah salah satu jalan penyelesaiannya..senyum juga boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan...


senyum lah macam baby ini..

jangan pula jadi seperti ini..ish ish ish 
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 


"Senyum terhadap saudaramu adalah sedekah"

Ha, see...Nabi Muhammad sendiri dah cakap senyum itu Sedekah.. apa susah..kita cuma senyum je dah peroleh pahala.. mungkin dengan senyuman kita tu, dapat menghilangkan masalah orang yang melihatnya... dapat lagi satu pahala... Tapi! pastikan senyuman kita itu ikhlas kerana Allah... jangan pula gunakan senyuman itu untuk ngorat perempuan atau lelaki.. itu dah dosa..senyum sesama muslim itu sangat dituntut...

Senyum itu juga sunnah Rasulullah... Baginda sangat suka senyum.. senyuman itu juga adalah ciptaan Allah yang indah malah senyuman itu juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan oleh Rasulullah..

Abdullah bin Al Harist pernah menyatakan....

" Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasululah"   
(Hadis Riwayat At-tirmizi)

Doglas Horton also said . . .

"Smile its a free therapy"


Jadi apa lagi jom kita sebarkan virus yang baik ini.. macam dalam satu lagu ni cakap
"senyum , tak perlu kata apa-apa"... 

Raudhah akhiri coretan kali ini dengan satu kata-kata..
"Jangan masam-masam nanti jadi pekasam..Senyum selalu, it is sunnah too.."
Massalamah..^_<












No comments:

Post a Comment