Followers

Friday, June 5, 2015

Sabar

Assalamualaikum :)

Segala puji bagi Allah yang telah beri kenikmatan hidup ini.. 
Sekian lama tidak mengupdate belog, maka hari ini hari yang bersejarah..hehe
Kadang2 kita akan terasa untuk menulis di belog ni bila kita mengalami sesuatu.. betul tak? ^^
Buat pengetahuan semua, sekarang saya dah sambung belajar, dekat Pusat Asasi Uni Islam Antrbngsa M'sia dalam jurusan Sains Kemanusiaan. Satu pengalaman yang menakjubkan, satu rezeki yang Allah kurniakan yang tak dapat saya balas hanya ucapan syukur yang saya mampu.. Segala puji bagi Allah yg mmpermudahkan urusan ini. 

Suasana belajar di UIAM ni sangat menakjubkan anda takkan dapat rasai di universiti lain..tak percaya? Jom la belajar di UIAM..haha promote2..Betul, nak diikutkan setiap mngu ada talk, tajuk yang dibincangkan pun hebat.. well, saya jenis suka ikut rules, kat sini diarahkan memakai tudung, memakai baju kurung or jubah ke kelas, wajib pakai socks dn handsock.. bagi saya pakaian itu untuk menjada seorang muslimah terdedah dari dilihat auratnya oleh ajnabi. Kan indah hidup bersyariat. Cara Allah take care hamba dia sangat indah dan semuanya berhikmah.

Kenapa saya letak tajuk Sabar ? haa ada lah sebabnya. Sometimes manusia ni lupa dengan kata2 dan perbuatan dia akan membuatkan orang lain terasa disebabkan ketidaksabarannya mereka terhadap sesuatu. Let say la, kalau kita buat apa yang dia buat pada kita, mesti dia terasa. Allah dan kekasihnya dah ajar kita cara kita bersabar walau apa pun masalah datang. Semua masalah boleh diselesaikan dengan cara berbincang. Bukan marah atau tuduh menuduh.

Sungguh akan dibayar upah (pahala)  orang-orang yang sabar dengan tiada batas hitungan. ( Az-Zumar 10).

Haaa, nampak tak, betapa beruntungnya siapa yang bersabar.. bukan kita tak boleh, cuma kita terlalu ikutkan kata hati dan bisikan syaitan.. Walau macam mana awak nak stress ke awk kena cuba control perasaan marah atau perasaan salah sangka terhadap orang. Memang saya megakui, kadang2 saya pun mudah melatah dengan ujian itu, tapi pesanan saya ini juga untuk memperingati kalian supaya sama2 kita usaha melawan perbuatan buruk itu.

Kita semuakan sado hatinya.. Kita mest Kuat!! Kuat melawan hasutan Syaitan yang dilaknat !

Okay, sekian sahaja nukilan saya.. May Allah bless All of you. ^_^  Wassalam




No comments:

Post a Comment